Monday, January 4, 2016

Perhimpunan Rasmi Pertama 2016

Intipati Ucapan Pengetua SMK Pantai Sepang Putra :
Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman

UCAPAN ALU-ALUAN. Pengetua mengucapkan kata-kata aluan dan Selamat Datang ke Sekolah bagi sesi 2016 kepada semua murid Semestra. 

ORIENTASI TINGKATAN 1. Ucapan khusus juga diberikan kepada murid baru Tingkatan 1, 2016 yang baru mendaftarkan diri pada 31hb DISEMBER 2015 yang lalu. Murid Tingkatan 1 juga akan menjalani aktiviti orientasi yang dijalankan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling Semestra mengikut jadual yang ditetapkan. 

CABARAN BELAJAR. Pengetua menyatakan bahawa cabaran belajar di peringkat Sekolah Menengah adalah berbeza terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah menengah yang tidak boleh bergantung harap semata-mata kepada guru secara 100% sahaja. Sebaliknya murid Sekolah Menengah mesti ada kebolehan melakukan pembelajaran kendiri. 

PERINGATAN PENTING. Pengetua mengingatkan bahawa semua murid adalah sama dan akan dilayan secara sama dan adil. Selain itu, beliau mengingatkan bahawa perlunya semua warga Semestra melaksanakan nilai hormati guru-guru di sekolah ini. Pengetua juga mengingatkan bahawa elakkan unsur negatif seperti Buli dan Vandalisme (merosakkan harta benda awam di sekolah).

ELAKKAN UNSUR BULI. Pengetua memberi peringatan dan amaran bahawa unsur buli akan dikenakan tindakan tegas. Ciri-ciri buli boleh dilihat jika sekiranya murid-murid tidak ada perasaan hormat kepada murid-murid yang lain dengan melakukan penganiayaan / buli secara fizikal dan  dari aspek pertuturan mereka. Pengetua berharap kejadian buli tidak berlaku dalam kalangan murid.

ELAKKAN UNSUR VANDALISME. Segala kemudakah disekolah yang digunakan oleh warga Semestra adalah kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Pengetua juga menyenaraikan kerosakan yang diakibatkan daripada gejala vandalisme oleh murid-murid pada tahun lepas iaitu : (1) pecahkan pam air dan sinki di tandas, (2) mematahkan kerusi di kelas-kelas, (3) merosakkan sistem kawalan kipas yang menyebabkan kipas tidak berfungsi, (4) kerosakan dan kehilangan buku teks murid. Tindakan akan diambil jika sekiranya murid melakukan kerosakan pada harta benda awam di sekolah dengan cara menggantikan yang baru dan tindakan tatatertib disiplin yang tegas.

KEHADIRAN AWAL KE SEKOLAH PADA SETIAP PAGI. Murid diingatkan supaya hadir ke sekolah dengan awal dan berhimpun di tapak perhimpunan sekolah pada setiap hari mengikut masa pada jadual waktu sekolah. Pengetua mengaitkan ketepatan hadir ke sekolah jika di jadikan budaya hidup maka akan memudahkan murid menjadi celik pengurusan masa apabila bekerja selepas tamat persekolahan kelak. Maka, di sekolahlah amalan hadir awal ke sekolah ini mesti dilatih dan diajarkan kepada murid-murid supaya terbiasa dan menjadi budaya hidup.

"Pendidikan Berkualiti, 
Insan Terdidik, 
Negara Sejahtera"

VISI SEKOLAH. Pengetua mengingatkan tentang visi SMKPSP seperti yang tertera di atas. Terdapat 3 frasa pada visi sekolah yang perlu dingat oleh semua warga Semestra. Pendidikan berkualiti ialah tahap atau standard atau mutu yang ditetapkan untuk dicapai tidak kira dalam apa jua komponen dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah ini. Pengetua berharap visi sekolah dapat dihayati. Pengetua juga menyeru semua murid melaungkan visi sekolah bersama-sama sebanyak 5 kali dengan laungan yang kuat.

MAKLUMAT TAMBAHAN. Guru yang akan berpindah berkuatkuasa 16hb JANUARI 2016 ialah Cikgu Siti Firdaus yang akan berpindah ke daerah Kelang.

Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan 2016 ditangguhkan. Guru kelas setiap tingkatan membawa murid kelas masing-masing ke dalam kelas untuk menjalankan aktiviti Pengurusan Kelas pada waktu pertama dan kedua jadual waktu.

33 comments:

Natasha & Amanina said...

Kami bersetuju dengan ucapan dan peringatan yang cikgu berikan pada hari semalam dan saya berharap agar murid2 akan lebih mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

iffa, aisyah, hidayah said...

Nor Iffaryezah
Siti Aisyah
Siti Nurhidayah

Terima kasih untuk maklumat di atas yang amat membantu kami untuk lebih berdisiplin...

Nazatul, piratheebah& mia said...

Kami bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pengetua SMKPSP.

hafiz and azrul said...

assalammualaikum,saya HAFIZ DAN AZRUL.(2AKASIA)

UCAPAN SAYA:SMKPSP boleh meyampai prestasi yg tinggi.Saya sebagai murid sentiasa meyokong SMKPSP.sampai sini sahaja ucapan kam.Yg baik datang dari ALLAH dan segala yg buruk datang daripada kami.ASSALAMMUALAIKUM.















Aizam & Adam said...

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Dari Aizam Fitri Dan Adam Mirzan(2 Akasia).

Kami Setuju Tentang Ucapan Pengetua.

Unsur Buli Ialah Sesuatu Yang Tidak Baik Untuk Kesihatan Murid-Murid.
Oleh Itu,Kami Berharap Agar Kejadian Buli Tidak Berlaku Dalam Kalangan Murid.

izzat & afdal said...

afdal & izzat (2akasia)- kami setuju dengan cikgu tentang laporan yang cikgu beri semalam...kami harap murid-murid mengambil iktibar tentang yang cikgu cakap semalam..

Anonymous said...

saya mencadangkan , pihak sekolah memberi tugasan rondaan pada waktu rehat bagi mengelakkan berlakunya kes buli dan mengenakan denda bagi pelajar yang melakukan vandalisme .

Anonymous said...

SAYA CADANGKAN SUPAYA PELAJAR YANG MENJADI MANGSA KEPADA PEMBULI, SILALAH LAPORKAM KEPADA GURU YANG BERTUGAS PADA HARI TERSEBUT.

KEPADA PELAJAR YANG MELIHAT PERBUATAN VANDALISME,HARUSLAH MEMBERITAHU KEPADA GURU DISIPLIN SECEPAT MUNGKIN.

Anonymous said...

SAYA CADANGKAN SUPAYA MANGSA BULI MELAPORKAN KEPADA GURU AGAR TIDAK BERULANG LAGI MASALAH INI

Anonymous said...

saya cadagan supaya Kami bersetuju dengan ucapan dan peringatan yang cikgu berikan pada hari itu dan saya berharap agar murid2 akan lebih mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Unsur Buli Ialah Sesuatu Yang Tidak Baik Untuk Kesihatan Murid-Murid.
Oleh Itu,Kami Berharap Agar Kejadian Buli Tidak Berlaku Dalam Kalangan Murid

Anonymous said...

saya bersetuju dengan cadangan cikgu :v buli dan vandalisme perlu dielakkan.Murid yang membuat vendalisme hendak menganti rugi kerana ia adalah barang kerajaan ..Pasal buli pula ..tidak hendaklah kita bergurau kasar ..

Jika anda benar benar mahu sekolah disini,tolonglah bersikap prihatin :v

(anonymous)
harisun :3

Anonymous said...

Saya mencadangkan supaya pelajar yang telah dibuli segera melaporkan tindakkan tersebut kepada guru disiplin.

Untuk pelajar yang telah melakukan Vandelisme, pelajar tersebut harus membayar ganti rugi terhadap sesuatu barang yang telah dirosakkan.

Anonymous said...

.Saya mahu mencadangkan cara mengelakkan gejala buli iaitu mengetatkan peraturan sekolah.
.Pada murid yang mendekatkan diri pada sikap vandalisme hendaklah mengubah sikap kepada sikap yang lebih baik dan guru dikehendaki sentiasa mengawasi pengerakkan murid murid yang berada di tempat yang tidak sepatutnya.

Anonymous said...

saya mencadang supaya pelajar yang mencadi mangsa kepada pemmbul,silala lapokan kepada guru yang betugas pada hari tersebut.

kepada pelajar yang perbuatan kepad guru


Anonymous said...

Buli; saya mencadangkan supaya memberi amaran kepada pembuli supaya tidak lagi membuli.Vandalisme; saya mencadangkan agar kita meletakkan cctv supaya kes vandalisme ini tidak akan berlaku lagi.

Anonymous said...

saya mencadakan agar tidak lagi kelakuan buli

Anonymous said...

SAYA MENCADANG PELAJAR YANG MENGHADAPI MASALAH BULI MESTI LAPORKAN KEPADA GURU.


KES VANDALISME ADALAH MASALAH YANG BESAR.APABILA TERJADI KES INI GURU MESTI MEMBERI DENDA ATAU SURUH MENGGANTIKAN BENDA BARU

Anonymous said...

Saya mencadangkan supaya kawalan disiplin diketatkan supaya tiada unsur buli disekolah,dan saya juga mencadangkan supaya security sentiasa mengawasi tandas supaya tidak berlaku vandelisme dan juga baikilah tandas.....sekian

Anonymous said...

Saya mencadangkan cara untuk mengatasi kes buli adalah dengan memilih rakan sebaya yang baik , berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah . Manakala , cara mengatasi vandalisme ialah pihak sekolah perlu menguatkuasakan undang - undang sekolah .

Muhd & Irfan said...

Saya Mencadangkan Supaya Sekolah Patut di Tutup?
Hahahahah

Anonymous said...

Saya Mencadangkan Supaya Membanyakkan Kerja Sekolah

zurina&insyirah said...

saya zurina&insyirah
saya mencadangkan agar kaedah pembentangan tentang pelajaran di permudahkan agar saya dapat faham dengan lebih jelas.

cIKGU fARID & 1 aKASIA said...

SAYA

SAYA MENCADANGKAN KAEDAH BELAJAR MATA PELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN KAEDAH PEMBENTANGAN KERJA KUMPULAN

aiman dan akmal said...

saya aiman dan akmal,kami mencadangkan kaedah belajar matapelajaran sains menggunakan kaedah belajar secara berkumpulan

Najwa & shamira said...

najwa dan shamira

Kami mencadangkan kaedah belajar mata pelajaran matematik dengan kaedah membuat latihan matematik setiap hari ...

Syahira & Syuhadah 1 Akasia :D said...

Saya Norsyahira dan Nur Syuhadah :)
Mencadang kan kaedah belajar mata pelajaran Sains menggunakan kaedah pembentangan
Secara kerja berkumpulan

arif said...

Saya Arif Ilham

saya mencadangkan kaedah belajar mata pelajaran sejarah menggunakan kaedah belajar dalam kumpulan.

mirza & arissa said...

saya

ingin mencadangkan kaedah belajar matematik mengikut kumpulan dan menggunakan modul untuk memudahkan pembelajaran...sekian terima kasih

Hafiz & Syawal said...

Saya MengharapKan Cikgu Membanyakkan Kerja Sekolah .

Iffah dan Azizah said...

Saya Iffah dan Azizah(1 Akasia)
Saya mencadangkan kaedah belajar mata pelajaran matematik dan sains dengan kaedah menggunakan peta minda ataupun dengan memberi kerja yang lebih daripada yang biasa

arif said...

saya mencadangkan kaedah belajar mata pelajaran sejarah dengan selalu membuat kuiz.

Amirah & Alya said...

Saya Amirah dan Alya dari kelas 1 Akasia. Kami mencadangkan kaedah menulis nota ringkas dalam semua mata pelajaran dpt meningkat prestasi semua murid dan kaedah pembentangan hasil kerja murid secara berkumpulan dapat melatih kami berinteraksi secara intelektual.

Hawa Nazihah said...

Saya Hawa dari kelas 1Akasia , Mencadangkan kaedah menulis nota ringkas dalam semua mata pelajaran dapat meningkatkan peristasi saya dan kaedah pembentangan dalam hasil pembincangan dalam kumpulan dapat melatih murid untuk berinteraksi secara berhemah .

SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .