Tuesday, December 29, 2015

Monday, October 12, 2015

PT3 2015 telah bermula!



Selamat Menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 kepada semua murid Tingkatan 3 SMK Pantai Sepang Putra!

Wednesday, October 7, 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2015 akan mula dijalankan pada ketetapan yang telah dibuat, seperti berikut :

PAT Tingkatan 4
Tarikh Mula : RABU / 7hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : KHAMIS /  28hb OKTOBER 2015

Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3)
Tarikh Mula : SELASA / 13hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : KHAMIS /  15hb OKTOBER 2015

PAT Tingkatan 1 & 2 :
Tarikh Mula : ISNIN / 19hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : JUMAAT / 23hb OKTOBER 2015

JADUAL PEPERIKSAAN. Sila rujuk jadual peperiksaan seperti yang telah diedarkan. Sebarang perubahan pelaksanaan peperiksaan akan diberitahu oleh Guru Unit Peperiksaan SMKPSP.

BERUSAHA. Diharapkan semua murid SMKPSP telah bersedia dari awal dan berusaha menjawab soalan-soalan dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, October 4, 2015

Thursday, September 17, 2015

Mesyuarat Agung Koperasi SMKPSP Berhad Kali Ke-10

Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Koperasi SMK Pantai Sepang Putra Selangor Berhad

Tarikh : 18hb SEPTEMBER 2015 , Jumaat
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Mutiara, SMK Pantai Sepang Putra

Cuti Sekolah - Pertengahan Penggal 2



Selamat Bercuti kepada warga SEMESTRA. Cuti sekolah akan bermula dari 19 hingga 27 Sept 2015. 

Nasihat kepada yang akan bercuti :
  1. Jaga kesihatan diri semasa musim jerebu ini.
  2. Jaga keselamatan diri di jalan raya.
  3. Luangkan masa anda untuk buat aktiviti bersama dengan keluarga.
  4. Siapkan kerja sekolah anda! Bahan Latihan Cuti-Cuti Terancang (CUTE) telah diedarkan kepada semua pelajar oleh guru-guru.
  5. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Buat warga muslim, jangan lupa sembahyang raya.

Wednesday, September 2, 2015

Peperiksaan Percubaan SPM 2015 bermula


Peperiksaan Percubaan SPM 2015 telahpun bermula dari 17/08/2015 dan akan tamat pada 15/09/2015. Semua pelajar Tingkatan 5 SMKPSP terlibat dalam masa peperiksaan ini. Semoga usaha yang gigih dan tekun akan membuahkan hasil yang cemerlang demi masa depan yang gemilang.

Friday, June 26, 2015

Dialog Prestasi Murid 2015

TARIKH: 26 Jun 2015
WAKTU: 10:00 pagi - 12:00 pagi 
TEMPAT : Bilik Darjah masing-masing di SMK Pantai Sepang Putra

Friday, June 19, 2015

Ramadhan 2015


Salam Ramadhan 2015. Di sini dikongsikan beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan ramadhan :
1. Memperbanyakkan bersedekah
2. Menunaikan Solat Sunat Tarawih
3. Berqiamullail
4. Membaca AlQuran
5. Beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah
6. Mengeluarkan Zakat Fitrah
7. Memperbanyakkan doa
8. Memberi makan kepada orang yang puasa
9. Beriktikaf pada 10 malam terakhir
10. Mencari malam Lailatulqadar

Selamat beramal.

Wednesday, May 13, 2015

Al-Fatihah dan doa buat Arwah Cikgu Harlina Bt. Ahmad


BISMILLAH.
Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Harlina Bt. Ahmad dan anaknya, Akmal Hafiy Darwisy B. Kadapi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari SELASA, 12hb MEI 2015.
Ingatlah mereka dalam doa-doa seharian yang kita selalu panjatkan kepada Allah SWT. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh disisi Allah SWT.

Monday, February 2, 2015

Perhimpunan Rasmi 2.2.2015 Ucapan Guru & Pengetua


02 FEBRUARI 2015 - Perhimpunan Rasmi bagi minggu ke-4 persekolahan dimulakan seperti protokol yang sedia ada.

MERENTAS DESA. Pn. Junaini mengingatkan bahawa pada 04/02/2015 petang Rabu akan diadakan latihan merentas desa seperti kebiasaan tahun lepas mengikut trek yang sama. Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKPSP pula akan diadakan pada hari Jumaat 06/02/2015. Diharap semua murid bersedia.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM & PT3. Pn. Suzlina memberitahu bahawa suatu bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu untuk murid Tingkatan 5 akan diadakan pada hari RABU 05/02/2015 minggu ini dan bagi murid Tingkatan 3 yang mengambil PT3 akan dijalankan pada hari KHAMIS 05/02/2015.

UCAPAN PENGETUA. Pengetua mengingatkan tentang 3 perkara utama yang perlu diambil perhatian murid semuanya iaitu tentang (1) kehadiran ke sekolah dan sasaran kehadiran setiap bulan dan (2) aktiviti keceriaan, kebersihan dan keselamatan kelas-kelas serta (3) mengalu-alukan guru baharu.

KEHADIRAN MURID & SASARAN SEKOLAH. Pengetua menyampaikan bahawa analisis kehadiran bagi bulan JANUARI 2015 telah berjaya mencapai 93% berbanding sasaran sekolah iaitu 95%. Pengetua meminta pencapaian ini dikekalkan dan pada masa yang sama ditambahbaik lagi. Amaran Bertulis akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Ibubapa dan penjaga juga akan dipanggil pihak sekolah bersama dengan murid bagi membincangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah yang banyak.

AKTIVITI 3K DALAM KELAS. Pengetua mengucapkan tahniah kepada kelas-kelas yang sudah mula menggerakkan ahli kelasnya merancang dan bekerja menghias kelas pada waktu petang. Ini kerana, kelas yang selesa menaikkan semangat murid untuk belajar.

GURU BAHARU. Pengetua juga memperkenalkan guru baharu yang mula berkhidmat di SMKPSP :
1. Cikgu Nazariah Bt. Abdul Ghani (Pendidikan Khas), 
2. Cikgu Nur Amirah Bt. Sailan (menggantikan Cikgu Halimatun yang cuti bersalin)
3. Cikgu Nurul Izzati Bt. Abu Hassan (menggantikan Cikgu Ruhaya Ngah yang bercuti 6 bulan)

HARAPAN. Pengetua berharap semua murid memberikan fokus kepada aktiviti keceriaan kelas dan kehadiran ke sekolah.

Thursday, January 29, 2015

Program 'IQ Workout' Bimbingan & Kaunseling


28 JAN 2015 - Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPSP telah mengelola suatu program motivasi untuk murid tingkatan 5 yang bertajuk 'PROGRAM IQ WORKOUT'. Program ini menggunakan khidmat motivasi dari luar yang diadakan di Dewan Semestra 2 bermula dari jam 11.10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Wednesday, January 28, 2015

Perhimpunan Rasmi 26.01.2015 : Ucapan PK HAL Ehwal Murid

PADA Perhimpunan Rasmi pada pagi 26 Januari 2015, PK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan.

TAHNIAH. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir awal dan berkumpul di tapak perhimpunan serta mengingatkan semua bahawa kehadiran ke sekolah dan perhimpunan pagi adalah wajib.

KEHADIRAN MENINGKAT. Pada minggu persekolahan yang lepas (19 hingga 23 Januari 2015), kehadiran murid sangat memuaskan iaitu sebanyak 95% setiap hari kecuali pada hari perayaan Ponggal iaitu sebanyak 87% sahaja.

KEHADIRAN DICATAT. Guru Kelas akan mencatat kehadiran murid setiap hari dan pelajar yang tidak hadir akan dipantau dengan prosedur-prosedur kehadiran yang sesuai.

Tuesday, January 13, 2015

Ucapan Pengetua SMKPSP - Hari Pertama Sekolah 2015



12 JANUARI 2015 - Bermulanya hari pertama persekolahan 2015 telah memperlihatkan banyak wajah-wajah segar dari warga SMKPSP.

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA. Perhimpunan rasmi SMKPSP telah diadakan di Dataran Sekolah. Ramai ibu-bapa murid-murid Tingkatan 1 yang baru memulakan persekolahan menengah turut serta memerhatikan perjalanan perhimpunan dan mendengar ucapan alu-aluan Pengetua SMKPSP, Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman.

AZAM BARU. Beliau berharap supaya semua pelajar berazam untuk dapat menimba pengetahuan & pengalaman, dan memajukan diri dalam sahsiah serta menjadi lebih berdikari lagi dalam menempuh persekolahan tahun 2015.

MISI DAN VISI SEKOLAH. Pengetua juga mengingatkan tentang Misi dan Visi Sekolah yang sentiasa diwar-warkan supaya semua warga SMKPSP tahu, faham dan dapat menghayatinya.

PERUBAHAN KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI. Pengetua juga memberitahu terdapat 3 aktiviti perubahan yang dilakukan iaitu : (1) penjenamaan semula nama kelas dengan melabelkan kepada tema nama bunga, (2) melaksanakan budaya bilik darjah di mana pada waktu terakhir setiap hari persekolahan guru dan murid perlu membersihkan bilik darjah, (3) penarafan (grading) kepada setiap kelas dari aspek kebersihan, keceriaan dan kehadiran.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN. Bantuan awal persekolahan akan dijalankan pada hari RABU, 15 Januari 2015 bermula jam 10.30 pagi hingga 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKPSP.

HARAPAN. Pengetua berharap supaya semua murid SMKPSP sama-sama dapat memajukan sekolah dan menghindari perkara-perkara negatif serta menghormati guru-guru.
SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .