Monday, May 22, 2023
FLIPBOOK MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMKPSP 2023
Buku Program Persaraan Pengetua SMKPSP by MOHD FARID BIN MOHD DIAH Moe
Friday, August 2, 2019
TAZKIRAH "BIJAK JAUHI ZINA"
PENYAMPAIAN TAZKIRAH OLEH KETUA PANITIA USTAZAH ROHANI BINTI AMBAK
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Telah ditulis ke atas anak adam itu nasibnya dari zina melalui pancainderanya, tidak boleh diubah ; iaitu dua mata zinanya pada penglihatan, dua telinga zinanya pada pendengaran, lidah zinanya pada percakapan, dua tangan zinanya pada sentuhan, dua kaki zinanya pada langkah, hati yang berimaginasi dan bercita-cita, kemudian faraj (kelamin) pula akan membenarkan dan menidakkannya."
[Riwayat Muslim]
Zina ialah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam. Kerana ia merosakkan nasab keturunan dan maruah manusia. Dari segi istilah zina terbahagi kepada dua kategori, zina hakiki dan zina majazi. Zina hakiki adalah hasil dari penyalahgunaan nafsu pada alat kelamin. Akibatnya berlaku persetubuhan haram antara bukan pasangan suami isteri dan juga bukan seorang tuan dan hambanya. Larangan dari mendekati zina yang terdapat pada surah al-Isra’ ayat… itu adalah zina yang hakiki. Perbuatan zina tersebut merupakan salah satu dari dosa besar yang mana hukuman duniawi di sisi Islam adalah hukuman hudud 100 kali sebatan.
Manakala zina majazi adalah seperti yang terkandung dalam hadis di atas. Zina yang berpunca dari penyalahgunaan pancaindera mata, telinga, lidah, tangan, dan kaki. Zina tersebut hanyalah dosa kecil dan tidak dikenakan hukuman hudud ke atas pelakunya. Tetapi ia boleh mendorong kepada kemuncak segala zina iaitu zina kelamin atau zina hakiki.
Benarlah pepatah arab yang bermaksud, “bermula dengan senyuman, kemudian percakapan, kemudian temujanji, kemudian pertemuan”. Juga pepatah melayu, “dari mata jatuh ke hati”.
Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu bersama kebaikan dan keburukannya. Namun apa yang dikehendaki oleh Allah Taala hanyalah kebaikan darinya. Begitulah juga penglihatan, pendengaran, percakapan, sentuhan dan langkah. Orang yang sering melakukan zina dengan lima deria tersebut memberi kesan buruk kepada hati. Kemudian hati yang sunyi dari iman akan memilih untuk melakukan zina kelamin.
Saturday, July 27, 2019
KARNIVAL INOVASI TEKNOLOGI HIJAU & STEM
Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sepang Putra kerana telah berjaya mendapat emas dalam acara roket dan gangsa dalam acara green Solar Cooker sampena karnival Inovasi Teknologi Hijau & stem sekolah-sekolah daerah 2019. Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sepang Putra SENTIASA HEBAT!!!
Friday, May 24, 2019
MAJLIS KHATAM QURAN, BACAAN TAHLIL DAN MAJLIS IHYA' RAMADHAN PPKI 2019
Ya Allah kasih sayangilah daku
dengan sebab al Al Quran ini
Jadikanlah Al Quran ini
Sebagai pemimpin
Sebagai cahaya
Sebagai petunjuk
Dan sebagai rahmat bagiku
Ya Allah ingatkanlah daku
apa-apa yang aku lupa dalam Al Quran
Yang telah kau jelaskan
Dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan kurniakanlah daku selalu sempat membaca Al Quran ini
Sebagai hujjah bagiku
Majlis Khatam Quran, Bacaan Tahlil dan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan PPKI 2019 yang telah dikendalikan oleh cikgu Akmal Zainal Aripin sepanjang bulan ramadhan. Tahniah dan syabas diucapkan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, ppm, murid2 dan ibubapa.
Monday, April 22, 2019
MSSD SEPANG KABADDI 2019 KATEGORI PEREMPUAN
MSSD Sepang Kabaddi 2019 Kategori Perempuan
TAHNIAH WARGA SMK Pantai Sepang Putra menjadi
Johan P15
Naib Johan P18
Anugerah best Raider P15: Leena
Anugerah best Defender P15 : Letchumi
Anugerah best Defender P18: Preetb
TAHNIAH WARGA SMK Pantai Sepang Putra menjadi
Johan P15
Naib Johan P18
Anugerah best Raider P15: Leena
Anugerah best Defender P15 : Letchumi
Anugerah best Defender P18: Preetb
SMK Pantai Sepang Putra SENTIASA HEBAT!!!
Saturday, April 13, 2019
HARI USAHAWANAN DAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SMKPSP 2019
PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM
HARI USAHAWAN
" Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki"
Pada 13 April 2019 telah berlangsungnya hari usahawanan dan pertandingan kawad kaki badan beruniform . Terima kasih diucapkan kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sepang Putra kerana mengembleng tenaga menjayakan program ini.
Saturday, March 23, 2019
Monday, March 4, 2019
PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MURID SMKPSP
PEMIMPIN-PEMIMPIN MURID SMKPSP ..SYABASS!!!
Ucapan daripada Bonda Asiah (Pengetua) untuk warga SMK Sepang Putra
Bacaan doa
Senyuman manis terukir dari pelajar
Pelajar perempuan tekun mendengar ucapan daripada bonda Asiah (Pengetua) yang disayangi
Sijil-sijil untuk pemimpin murid SMKPSP BERSIAP SEDIA untuk diberi
PANTUN BUAT PENGAWAS
Pecah kaca pecah gelas,
Banyak tugas perlu digalas
Kalau tuan pergi ke Jawa
Jadilah pengawas yang berwibawa
Terbang tinggi si burung Helang
Lembaga pengawas 2019 TERUS CEMERLANG
Monday, February 25, 2019
Monday, February 11, 2019
KURSUS KETUA PATROL PENGAKAP DAERAH SEPANG PUTRA 2019
Kami pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
AKTIVITI YANG DILAKUKAN SEPANJANG KURSUS
Pada 11 Februari 2019, telah berlangsungnya kursus ketua Patrol Pengakap daerah Sepang Putra 2019. Tahniah diucapkan kepada Guru dan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)