Thursday, January 29, 2015

Program 'IQ Workout' Bimbingan & Kaunseling


28 JAN 2015 - Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPSP telah mengelola suatu program motivasi untuk murid tingkatan 5 yang bertajuk 'PROGRAM IQ WORKOUT'. Program ini menggunakan khidmat motivasi dari luar yang diadakan di Dewan Semestra 2 bermula dari jam 11.10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Wednesday, January 28, 2015

Perhimpunan Rasmi 26.01.2015 : Ucapan PK HAL Ehwal Murid

PADA Perhimpunan Rasmi pada pagi 26 Januari 2015, PK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan.

TAHNIAH. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir awal dan berkumpul di tapak perhimpunan serta mengingatkan semua bahawa kehadiran ke sekolah dan perhimpunan pagi adalah wajib.

KEHADIRAN MENINGKAT. Pada minggu persekolahan yang lepas (19 hingga 23 Januari 2015), kehadiran murid sangat memuaskan iaitu sebanyak 95% setiap hari kecuali pada hari perayaan Ponggal iaitu sebanyak 87% sahaja.

KEHADIRAN DICATAT. Guru Kelas akan mencatat kehadiran murid setiap hari dan pelajar yang tidak hadir akan dipantau dengan prosedur-prosedur kehadiran yang sesuai.

Tuesday, January 13, 2015

Ucapan Pengetua SMKPSP - Hari Pertama Sekolah 2015



12 JANUARI 2015 - Bermulanya hari pertama persekolahan 2015 telah memperlihatkan banyak wajah-wajah segar dari warga SMKPSP.

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA. Perhimpunan rasmi SMKPSP telah diadakan di Dataran Sekolah. Ramai ibu-bapa murid-murid Tingkatan 1 yang baru memulakan persekolahan menengah turut serta memerhatikan perjalanan perhimpunan dan mendengar ucapan alu-aluan Pengetua SMKPSP, Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman.

AZAM BARU. Beliau berharap supaya semua pelajar berazam untuk dapat menimba pengetahuan & pengalaman, dan memajukan diri dalam sahsiah serta menjadi lebih berdikari lagi dalam menempuh persekolahan tahun 2015.

MISI DAN VISI SEKOLAH. Pengetua juga mengingatkan tentang Misi dan Visi Sekolah yang sentiasa diwar-warkan supaya semua warga SMKPSP tahu, faham dan dapat menghayatinya.

PERUBAHAN KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI. Pengetua juga memberitahu terdapat 3 aktiviti perubahan yang dilakukan iaitu : (1) penjenamaan semula nama kelas dengan melabelkan kepada tema nama bunga, (2) melaksanakan budaya bilik darjah di mana pada waktu terakhir setiap hari persekolahan guru dan murid perlu membersihkan bilik darjah, (3) penarafan (grading) kepada setiap kelas dari aspek kebersihan, keceriaan dan kehadiran.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN. Bantuan awal persekolahan akan dijalankan pada hari RABU, 15 Januari 2015 bermula jam 10.30 pagi hingga 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKPSP.

HARAPAN. Pengetua berharap supaya semua murid SMKPSP sama-sama dapat memajukan sekolah dan menghindari perkara-perkara negatif serta menghormati guru-guru.
SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .