Monday, February 2, 2015

Perhimpunan Rasmi 2.2.2015 Ucapan Guru & Pengetua


02 FEBRUARI 2015 - Perhimpunan Rasmi bagi minggu ke-4 persekolahan dimulakan seperti protokol yang sedia ada.

MERENTAS DESA. Pn. Junaini mengingatkan bahawa pada 04/02/2015 petang Rabu akan diadakan latihan merentas desa seperti kebiasaan tahun lepas mengikut trek yang sama. Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKPSP pula akan diadakan pada hari Jumaat 06/02/2015. Diharap semua murid bersedia.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM & PT3. Pn. Suzlina memberitahu bahawa suatu bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu untuk murid Tingkatan 5 akan diadakan pada hari RABU 05/02/2015 minggu ini dan bagi murid Tingkatan 3 yang mengambil PT3 akan dijalankan pada hari KHAMIS 05/02/2015.

UCAPAN PENGETUA. Pengetua mengingatkan tentang 3 perkara utama yang perlu diambil perhatian murid semuanya iaitu tentang (1) kehadiran ke sekolah dan sasaran kehadiran setiap bulan dan (2) aktiviti keceriaan, kebersihan dan keselamatan kelas-kelas serta (3) mengalu-alukan guru baharu.

KEHADIRAN MURID & SASARAN SEKOLAH. Pengetua menyampaikan bahawa analisis kehadiran bagi bulan JANUARI 2015 telah berjaya mencapai 93% berbanding sasaran sekolah iaitu 95%. Pengetua meminta pencapaian ini dikekalkan dan pada masa yang sama ditambahbaik lagi. Amaran Bertulis akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Ibubapa dan penjaga juga akan dipanggil pihak sekolah bersama dengan murid bagi membincangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah yang banyak.

AKTIVITI 3K DALAM KELAS. Pengetua mengucapkan tahniah kepada kelas-kelas yang sudah mula menggerakkan ahli kelasnya merancang dan bekerja menghias kelas pada waktu petang. Ini kerana, kelas yang selesa menaikkan semangat murid untuk belajar.

GURU BAHARU. Pengetua juga memperkenalkan guru baharu yang mula berkhidmat di SMKPSP :
1. Cikgu Nazariah Bt. Abdul Ghani (Pendidikan Khas), 
2. Cikgu Nur Amirah Bt. Sailan (menggantikan Cikgu Halimatun yang cuti bersalin)
3. Cikgu Nurul Izzati Bt. Abu Hassan (menggantikan Cikgu Ruhaya Ngah yang bercuti 6 bulan)

HARAPAN. Pengetua berharap semua murid memberikan fokus kepada aktiviti keceriaan kelas dan kehadiran ke sekolah.
SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .