Tuesday, January 5, 2016

Perhimpunan Harian 5.1.2016


Perhimpunan Harian pada 5hb JANUARI 2016 dimulakan seperti biasa pada jam 07.15pagi. Beberapa orang guru bergilir-gilir memberikan taklimat, peringatan dan teguran.

CIKGU NORAH
KELUAR KELAS. Terdapat murid yang sudah mula keluar kelas tanpa kebenaran, merayau-rayau dengan pelbagai alasan yang tidak perlu. Semua murid diminta tunggu dalam kelas semasa waktu PDP dijalankan.

CIKGU ESLINA
TUGAS KETUA TINGKATAN. Ketua Tingkatan bertanggungjawab mengambil beberapa item di pejabat pada setiap pagi iaitu : buku kawalan kelas, pas kebenaran keluar kelas, slip kehadiran murid, kunci kelas.
PAS KEBENARAN KELUAR KELAS. Pas kebenaran keluar kelas mesti digunakan hanya 1 pas kebenaran keluar kelas untuk 1 orang murid yang keluar sahaja, tidak perlu berteman.
SLIP KEHADIRAN MURID. Slip kehadiran murid mesti ditandakan kehadiran murid dalam kelas setiap awal pagi di tapak perhimpunan atau pada waktu pertama jadual, dan kemudian diserahkan ke pejabat sebelum jam 09.00 pagi.
KUNCI KELAS. Apabila membuka kelas, cantum dan kunci semula palang pada pemegang palang supaya tidak hilang dan sebagai langkah keselamatan. Tutup kelas apabila keluar rehat dan balik. Hantar kunci ke pejabat sebelum balik.

CIKGU MURIBAH
CALON PENGAWAS PERPUSTAKAAN. Ujian bertulis untuk mana-mana murid yang telah mendaftarkan diri untuk dipilih menjadi Pengawas Perpustakaan akan diadakan pada waktu pertama pada hari ini di perpustakaan.

CIKGU RASUL
PASUKAN BERUNIFORM. Perhimpunan Rasmi Pasukan Beruniform akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dan semua murid mesti memakai pakaian uniform lengkap. Latihan Perhimpunan Rasmi tersebut akan diadakan esok. 
TUGAS PENGAWAS SEKOLAH. Terdapat beberapa pengawas sekolah yang dilihat tidak berfungsi untuk arahkan murid-murid bergerak ke tapak perhimpunan. Pada tahun ini, jika terdapat pengawas yang dilihat gagal menjalankan tugas dengan baik, maka tindakan tegas akan diambil. Pengawas mesti membantu guru-guru dalam hal-hal pengurusan disiplin di sekolah.
LEWAT KE SEKOLAH. Mana-mana murid yang didapati lewat, kesekolah selama 7 hari, maka surat tunjuk sebab akan dihantar kepada ibubapa/penjaga mereka.
ETIKA PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEKOLAH. Tali leher mesti dipakai kemas. Saiz seluar pada bahagian bawah mestilah tidak kurang dari 16 inci. Terdapat pelajar yang memakai seluar yang dilihat terlalu ketat seperti mengikut fensyen luar yang tidak dibenarkan sama sekali. Rambut mestilah dipotong kemas dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
BUKU PERATURAN SEKOLAH. Semua murid mestilah telah membaca buku peraturan sekolah yang menjadi panduan warga Semestra dan mematuhinya.

Perhimpunan Harian ini ditangguhkan pada jam 07.43 pagi.

3 comments:

Natasha & Amanina said...

Kami berharap agar semua murid2 akan mengikut peraturan yang telah disediakan dan saya berharap agar pengawas akan lebih tegas menegur salah laku murid2.

aqmar,maisarah ,puteri said...

aqmar ,maisarah,puteri (2akasia)

ucapan yang cikgu berikan kepada kami amat berguna pada untuk digunakan sepanjang sesi persekolahan 2016.

aisyah, iffa, hidayah said...

2 Akasia

kami akan mengikut segala peraturan sekolah dengan berdisiplin...

SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .