Sejarah Penubuhan SMKPSP



Sejarah penubuhan sekolah

SMK Pantai Sepang Putra mula dirancang pembinaannya pada tahun 2001 di sebuah taman perumahan yang dibangunkan ketika itu, iaitu Taman Pantai Sepang Putra.

Tujuan cadangan pembinaan sekolah ini ialah untuk memberi kemudahan kepada anak-anak penduduk taman tersebut, Taman Sri Bayu dan Kampung Bagan Lalang manyumbang persekolahan di peringkat sekolah. Sebelum ini mereka bersekolah di SMK Sungai Pelek yang terletak hampir 8 km dari Bagan Lalang.

Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada tahun 2002 oleh syarikat pemaju Vintage Height dan telah siap dibina pada awal tahun 2004. Majlis penyerahan telah dibuat pada 6 Mei 2004.

Tiga orang guru penolong kanan telah dilantik sebagai ‘care taker’ pada 1 Mei 2004 dan mereka adalah antara personal yang bertanggungjawab semasa majlis penyerahan bangunan oleh syarikat pemaju. Mereka ialah: (1) En.Azman Bin Johari, Penolong Kanan Satu, (2) En.Zaib Bin Ngah, Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, (3) dan En.Mohd Isa Bin Sulaiman ,Penolong Kanan Ko-Kurikulum.


Pembukaan sekolah secara pentadbiran telah dimulakan pada 1 Jun 2004 dan sesi persekolahan telah bermula pada 14 Jun 2004 iaitu hari pertama penggal kedua persekolahan tahun 2004.


LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK pantai sepang putra telah dibina di atas kawasan seluas 9.6 ekar di taman perumahan pantai sepang putra kira-kira 5km dari pekan sungai pelek. sekolah ini mempunyai 7 blok yang bersambung merangkumi blok pentadbiran,biik darjah,bilik-bilik khas termasuk makmal komputer,bilik-bilik panitia matapelajaran, makmal sains dan bengkel-bengkel matapelajaran tekinik selain kantin,surau,padang,padang permainan dan gelanggang serbaguna.sekolah ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan amat bersesuaian untuk proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.


Semasa memulakan sesi persekolahan pertama,seramai 9 orang guru termasuk 3 guru penolong kanan telah ditempatkan di sekolah ini.walau bagaimanapun bilangan ini telah bertambah kepada 14 orang sehingga 31 ogos 2004 termasuk seorang pengetua.sementara bilangan kakitangan bukan guru pula terdiri dari pada 2 orang kakitangan pejabat, 3 orang pekerja pembersihan kawasan (swasta) dan 3 orang pengawal keselamatan (swasta) .


Bilangan  pelajar sehingga 31 ogos 2004 ialah seramai 122 orang yang terdiri daripada pelajar melayu,cina dan india. sehingga itu hanya sebanyak 5 kelas sahaja yang terbuka iaitu tingkatan satu (2 kelas), tingkatan dua (2 kelas), tingkatan 4 (1 kelas). pelajar-pelajar tingkatan empat ditawarkan matapelajaran elektif iaitu pendidikan seni visual,perdagangan,dan tasawwur islam.

0 comments:

SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .