Thursday, January 29, 2015

Program 'IQ Workout' Bimbingan & Kaunseling


28 JAN 2015 - Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPSP telah mengelola suatu program motivasi untuk murid tingkatan 5 yang bertajuk 'PROGRAM IQ WORKOUT'. Program ini menggunakan khidmat motivasi dari luar yang diadakan di Dewan Semestra 2 bermula dari jam 11.10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Wednesday, January 28, 2015

Perhimpunan Rasmi 26.01.2015 : Ucapan PK HAL Ehwal Murid

PADA Perhimpunan Rasmi pada pagi 26 Januari 2015, PK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan.

TAHNIAH. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir awal dan berkumpul di tapak perhimpunan serta mengingatkan semua bahawa kehadiran ke sekolah dan perhimpunan pagi adalah wajib.

KEHADIRAN MENINGKAT. Pada minggu persekolahan yang lepas (19 hingga 23 Januari 2015), kehadiran murid sangat memuaskan iaitu sebanyak 95% setiap hari kecuali pada hari perayaan Ponggal iaitu sebanyak 87% sahaja.

KEHADIRAN DICATAT. Guru Kelas akan mencatat kehadiran murid setiap hari dan pelajar yang tidak hadir akan dipantau dengan prosedur-prosedur kehadiran yang sesuai.

Tuesday, January 13, 2015

Ucapan Pengetua SMKPSP - Hari Pertama Sekolah 2015



12 JANUARI 2015 - Bermulanya hari pertama persekolahan 2015 telah memperlihatkan banyak wajah-wajah segar dari warga SMKPSP.

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA. Perhimpunan rasmi SMKPSP telah diadakan di Dataran Sekolah. Ramai ibu-bapa murid-murid Tingkatan 1 yang baru memulakan persekolahan menengah turut serta memerhatikan perjalanan perhimpunan dan mendengar ucapan alu-aluan Pengetua SMKPSP, Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman.

AZAM BARU. Beliau berharap supaya semua pelajar berazam untuk dapat menimba pengetahuan & pengalaman, dan memajukan diri dalam sahsiah serta menjadi lebih berdikari lagi dalam menempuh persekolahan tahun 2015.

MISI DAN VISI SEKOLAH. Pengetua juga mengingatkan tentang Misi dan Visi Sekolah yang sentiasa diwar-warkan supaya semua warga SMKPSP tahu, faham dan dapat menghayatinya.

PERUBAHAN KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI. Pengetua juga memberitahu terdapat 3 aktiviti perubahan yang dilakukan iaitu : (1) penjenamaan semula nama kelas dengan melabelkan kepada tema nama bunga, (2) melaksanakan budaya bilik darjah di mana pada waktu terakhir setiap hari persekolahan guru dan murid perlu membersihkan bilik darjah, (3) penarafan (grading) kepada setiap kelas dari aspek kebersihan, keceriaan dan kehadiran.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN. Bantuan awal persekolahan akan dijalankan pada hari RABU, 15 Januari 2015 bermula jam 10.30 pagi hingga 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKPSP.

HARAPAN. Pengetua berharap supaya semua murid SMKPSP sama-sama dapat memajukan sekolah dan menghindari perkara-perkara negatif serta menghormati guru-guru.

Tuesday, November 11, 2014

Markah PAJSK

MARKAH  CGPA PAJSK TINGKATAN 3 2014
Markah CGPA boleh diperolehi daripada Pejabat SMKPSP mulai 10 November 2014

MAKLUMAT. Berikut dipautkan taklimat tentang PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai maklumat dan pengetahuan anda.


Majlis Dialog Akademik 2014



SMKPSP akan mengadakan Majlis Dialog Akademik 2014 pada 21 Nov 2014 (Jumaat) bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pg bertempat di Bilik Satelit.

KEHADIRAN. Semua ibubapa bagi murid Tingkatan 1, 2, 4 dijemput hadir.

Terima Kasih


Selamat Hari Lahir Tuan Pengetua

11 November 2014
Selamat Hari Lahir kepada Tn Pengetua, Tn. Hj. Mohd Amin B. Sulaiman

Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2014.


TARIKH : 15 Nov 2014 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi
SASARAN : Semua guru SMK PSP
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK PSP


Sunday, November 9, 2014

Majlis Anugerah Kokurikulum SMKPSP 2014

Pada 07 November 2014, JUMAAT, yang lalu, SMKPSP telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kokurikulum SMKPSP 2014 yang diadakan di Dewan Perdana (Dewan Terbuka) SMKPSP bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


PENGIKTIRAFAN. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga SMKPSP pada tahun ini, termasuklah murid dan guru yang telah berjaya mengharumkan nama SMKPSP dalam bidang Sukan, Kelab, Persatuan, Badan Beruniform serta aktiviti Kokurikulum yang lain.

KELEBIHAN. Tidak dapat dinafikan lagi, SMKPSP sememangnya mempunyai bakat yang banyak dalam kalangan warga murid kita serta khidmat kepakaran dan pengurusan kokurikulum dalam kalangan warga pendidiknya.

TAHNIAH. Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah kecemerlangan kokurikulum pada tahun ini. Teruskan mencipta kejayaan-kejayaan yang cemerlang di masa akan datang. 

SMKPSP Terbaik!

Wednesday, November 7, 2012

Soal Selidik TALIS 2012

Guru-guru yang terlibat perlu menjawab soal selidik online tentang Teaching And Learning International Survey (TALIS) pada pautan yang diberikan dibawah. Sesi taklimat akan di berikan oleh Guru Data, Pn. Nik Mazidah Bt. Yasin


Selamat Menjawab!

Sunday, June 17, 2012

Kempen KMiTV 2012

Pada 18/6 hingga 29/6 ini akan berlangsungnya KARNIVAL MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL SMKPSP 2012.

Antara acara/aktiviti yang akan dijalankan ialah:
1. Majlis Pelancaran
2. Pertandingan Teka Silangkata KHB, ERT, ICT dan PP.
3. Pop Kuiz ICT, KHB, PD, PP
4. Jualan Karnival
5. Pertandingan Buku Skrap Perdagangan
6. Pertandingan Memasak
7. Bengkel 'All-Out ICT'
8. Interactive Games
9. Pertandingan Melengkapkan Gambar/Mewarna
10. Pertandingan 'Desktop Wallpaper'
11. Eksplorace/Treasure Hunt
12. Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

Monday, June 11, 2012

Banner Guru Penyayang UBNK

Bagi menunjukkan kesungguhan kempen Guru Penyayang SMKPSP ini, Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPSP telah menyediakan satu bunting yang memaparkan info berkaitan Slogan, Tema dan Budaya SEMESTRA yang akan diperjuangkan bersama-sama warga pendidik.

Untuk bermuhibbah bersama UBNK, bolehlah melawati laman facebook Ubnksmk Pantai Sepang Putra yang disediakan oleh moderatornya En. Mohd Shamshul, Guru Kaunseling kita

Terima Kasih.

Thursday, June 7, 2012

Kempen Guru Penyayang SMKPSP

Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, kempen Guru Penyayang telahpun mula dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Justeru, SMKPSP telah mengambil beberapa inisiatif menmbentuk imej 'guru penyayang' pada setiap warga pendidiknya.

Imej ini, diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim dan nilai kasih sayang antara guru dan murid. Banner yang di tunjukkan di atas, adalah banner yang akan digantung di luar kawasan sekolah, pada bahadian pintu utama sekolah bagi mengalu-alukan kehadiran setiap anak-anak pendidik SMKPSP.

Monday, January 16, 2012

Rentas Desa SMKPSP 2012

Pada posting kali ini di muatkan video youtube sekitar aktiviti Rentas Desa SMKPSP yang berlangsung pada 13/1/2012 yang telah dapat dijayakan dengan baik sekali oleh warga Semestra.

Juara Keseluruhan Rentas Desa. Rumah Kuning Mat Kilau telah meraih juara dengan pungutan mata yang tertinggi sekali berbanding kumpulan rumah sukan yang lain. Tempat Kedua Rumah Merah Dato; Maharaja Lela dan Ketiga Rumah Hijau Dato' Bahaman. Tahniah

Komentar anda. Sila tinggalkan komen anda tentang video dan aktiviti ini di Facebook, post ini atau di youtube. Terima Kasih

Thursday, January 12, 2012

Minggu 2 Persekolahan : Latihan & Kejohanan Merentas Desa SMKPSP

12 Jan 2012 - Masuk minggu ke dua persekolahan telah mula sibuk dengan aktiviti kokurikulum yang seperti biasanya dimulai dengan pertandingan MERENTAS DESA peringkat sekolah.

Latihan. Latihan yang mendapat sambutan baik dari pelajar kita sepanjang 2 kali diadakan iaitu pada 9 dan 11hb. Walaupun tidak menggunakan trek sebenar bagi kelas L15 dan L18.

Kejohanan sebenar. Pada 13/1/2012, Jumaat pagi akan dijalankan kejohanan sebenar peringkat sekolah. Semoga peserta yang akan berlari mewakili rumah sukan masing-masing akan berjaya mengumpulkan mata markah untuk rumah sukan mereka. 

Tuesday, January 10, 2012

Mesyuarat Kali Pertama Persatuan, Kelab, Uniform

9 JAN 2012 - Pada minggu kedua persekolahan 2012, unit kokurikulum SMKPSP akan menjalankan aktiviti serentak bagi memberikan peluang kepada setiap kelab, permainan, persatuan dan badan beruniform SMKPSP menjalankan MESYUARAT KALI PERTAMA mereka.

Semua terlibat. Mesyuarat ini akan diadakan bersama semua guru penasihat dan ahli kelab bagi melantik jawatankuasa baru tahun 2012. Semoga jawatankuasa yang telah dilantik dapat membantu guru penasihat menjalankan kegiatan kelab masing-masing dengan lebih cemerlang lagi pada tahun ini.

Tugas Setiausaha baru. Kepada Setiausaha yang baru dilantik, jangan lupa membuat laporan mesyuarat kali pertama ini. Terima Kasih

Tuesday, April 5, 2011

Sekitar MEGA 5 2011

Sekitar Mega 5 & Mesyuarat Agung PIBG yang sempat dirakamkan dalam bentuk gambar dan video. Harap terhibur dan terima kasih buat warga SMKPSP yang telah membantu menjayakan MEGA 5 pada tahun ini.





Friday, February 11, 2011

Info ICT : Geekz Virus Remover 4.2

Kepada mana-mana guru terutamanya yang menghadapi masalah berikut...

Masalah Yang Dihadapi :
- Ada fail fail dalam USB pendrive telah 'hilang'
- tapi saiz foldernya masih besar / wujud

Oleh itu, mana nak dapatkan kembali fail-fail itu?

Situasi Sebenar :
- fail Microsoft Word itu sebenarnya masih ada, bukannya hilang
- cuma fail fail itu statusnya telah di 'hidden' kan oleh virus
- kita masih boleh buka fail tersebut dengan membuat setting unhidden. fail itu juga masih boleh digunakan seperti biasa, cuma statusnya telah jadi hidden

Penyelesaian :
- Gunakan Geekz Virus Remover 4.2 memulihkan status fail Microsoft Word anda yang hilang dalam pendrive

download disini : http://www.4shared.com/file/66053997/6e678b33/GVR_41.html

Maklumat software : http://geekzlife.net/v1/geekz-virus-remover/

Maklumat Lanjut : sila rujuk Juruteknik komputer SMKPSP kita.

Thursday, January 27, 2011

Larian Rentas Desa 2011

Pada 26/01/2011 yang lepas SMKPSP telah menjalankan kegiatan tahunannya iaitu, Larian Merentas Desa 2011.

Wednesday, January 19, 2011

Latihan Merentas Desa

18 Jan 2011 - Latihan Merentas Desa Kali Ke-2 telah diadakan pada jam 3.30 petang. Latihan ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat Rumah Sukan Mat Kilau, Dato' Bahaman, dan Dato' Maharajalela.

Gambar menunjukkan aktiviti sekitar Latihan Merentas Desa. Sila click pada gambar untuk full view.

Pelantikan Pengawas 2011

SMKPSP, Dataran Perhimpunan - Pada 17/01/2011 yang lalu, satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Guru Disiplin & Pengawas 2011 telah diadakan dengan jayanya.

Turut hadir, menyampaikan watikah ialah Sarjan Sawal B. Hj. Abd. Ghani, Pegawai IPD Sepang.

Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat Kembali ke sekolah buat warga SMKPSP yang lama dan baru.

Perhimpunan Pagi menyaksikan ramai muka-muka baru dari warga murid dan warga pendidik. Ramai ibu bapa yang hadir ke sekolah untuk mendaftarkan anak-anak mereka terutamanya tingkatan 1 sesi 2011. tidak kurang juga dengan kemasukan guru-guru baru seramai 10 orang.

Cemerlang Diri. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh guru bertugas pada minggu pertama pembukaan sekolah, En. Abdul Rahim B. Mustafa. Beliau meminta semua murid berusaha menjadi cemerlang dalam setiap perbuatan sebagai azam baru di sekolah.

Tuan Pengetua, Puan Zaini Bt. Mohd Shah pula menyampaikan ucapan tahniah kepada calon-calon PMR 2010 yang telah berjaya membantu sekolah melonjakkan GPS (Gred Purata Sekolah).

Sunday, January 2, 2011

Mesyuarat Kelab Keluarga 2011



Kelab Keluarga (Guru & Staff) SMKPSP telah bermesyuarat bagi sesi 1/2011 bagi melantik kepimpinan yang baru pula.

Tahniah! Pn. Khatijah Bt. Abdul Rahman telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab Keluarga yang baru. Kepada guru-guru yang telah dilantik diucapkan tahniah. Diharapkan dapat mengelola aktiviti Kelab Keluarga kita dengan jayanya.

Terima Kasih. Kepada kepimpinan 2010, terima kasih kerana menjayakan aktiviti kelab pada tahun 2011 dan diharapkan dapat terus memberikan sokongan kepada jawatankuasa yang baru.

Pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2011

Saturday, August 8, 2009

Awal Perkenalan

salam perkenalan blog Semestranet Community di administrasi / dikelola oleh Unit ICT SMK Pantai Sepang Putra
SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .