Saturday, March 5, 2016

03/03/16 Sesi Penyerahan Slip Keputusan SPM 2015

03hb MAC 2016 - Satu sesi penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 telah diadakan di Dewan Semestra 2, SMK Pantai Sepang Putra. Tahniah kepada SEMUA dan yang Berjaya! Tuan Pengetua telah membuat satu sesi penyerahan khas slip keputusan SPM 2015 kepada bekas pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang.

Majlis Pengambilan Slip Keputusan SPM 2015 2016
Klik butang Next dan Back pada gambar dan untuk paparan penuh (fullscreen), sila klik disini


NAMA MURID
KELAS
KEPUTUSAN SPM 2015
1
Shafifi Nabila Binti Shamsudin
5A
7A
2
Nadiatul Adawiyah Binti Abu Talip
5A
6A
3
Amirul Iqhmal Bin Ahmad Rosni
5A
5A
4
Nur Anis Syazwani Binti Huzairi
5A
5A
5
Muhammad Aidil Arif Bin Nor Azli
5B
5A
6
Nur Ain Binti Mohd Fariz
5A
4A
7
Nur Izzati Adriana Binti Mohd Hafizzi
5A
4A
8
Intan Muhainee Binti Mustamam
5A
3A
9
Nur Hani Maisarah Binti Abd. Aziz
5A
3A
10
Ros Sharmila Binti Mohd Haris
5A
3A
11
Siti Nursalsabila Binti Razali
5A
3A
12
Venisri A/P Jeyaraman
5A
3A
13
Thamilarasi A/P Kanniappan
5B
3A


SPM 2014
SPM 2015
Gred Purata Sekolah (GPS)
6.00
6.34
Bilangan Layak Dapat Sijil SPM
81
68
Peratus Layak Dapat Sijil
77.88%
70.10%

BERITA SEMASA  : KEPUTUSAN SPM 2015
  1. Semakan Keputusan SPM 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5186
  2. Decline in SPM 2015 results [VIDEO] http://www.nst.com.my/news/2016/03/130756/decline-spm-2015-results-video
  3. SPM 2015: Bincang rancangan masa depan dengan ibu bapa, guru - Najib http://www.astroawani.com/berita-malaysia/spm-2015-bincang-rancangan-masa-depan-dengan-ibu-bapa-guru-najib-97261
  4. Calon peroleh A dalam semua mata pelajaran SPM 2015 menurun http://www.astroawani.com/berita-malaysia/calon-peroleh-dalam-semua-mata-pelajaran-spm-2015-menurun-97190
  5. Kecacatan bukan penghalang tempa kecemerlangan http://www.astroawani.com/video-malaysia/kecacatan-bukan-penghalang-tempa-kecemerlangan-107737
  6. Pelajar cemerlang kongsi tip sebelum hadapi SPM http://www.astroawani.com/video-malaysia/pelajar-cemerlang-kongsi-tip-sebelum-hadapi-spm-107734
  7. Gagal peroleh semua A bukan erti tidak berjaya http://www.astroawani.com/video-malaysia/gagal-peroleh-semua-bukan-erti-tidak-berjaya-107719

Wednesday, March 2, 2016

Bantuan Awal Persekolahan 2016

02hb MAC 2016 - Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan bagi tahun 2016 telah dijalankan dengan jayanya. Pada tahun ini, pemberian bantuan kewangan sebanyak RM 100 telah diagihkan kepada mereka yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan kerajaan sahaja.

Bantuan Awal Persekolahan 2016

Tuesday, March 1, 2016

Kelas 4 Bougainvillea 2016 diceriakan

Post ini adalah untuk melihat perkembangan dari usaha seluruh kelas 4 Bougainvillea 2016, yang dipimpin oleh guru kelas Pn. Marina dalam projek kelas mereka untuk menceriakan suasana dalam kelas. Pada masa yang akan datang, kelas yang lain juga akan ditunjukkan.

Class of 4 BOUGAINVILLEA 2016
Untuk Paparan Penuh, sila klik disini.

PEPERIKSAAN : UP1 dan PB1


PEPERIKSAAN
UJIAN PRESTASI 1 (UP1)
PENTAKSIRAN BERSEPADU (PB1)
TARIKH
29/02/2016 Isnin
01/03/2016 Selasa
02/03/2016 Rabu
Hari Khamis tiada peperiksaan*
04/03/2016 Jumaat

Monday, February 29, 2016

Sambutan Pesta Ponggal Peringkat SMKPSP



PROGRAM
Pesta Ponggal SMKPSP 2016
PERINGKAT
Sekolah
ANJURAN
Unit Kokurikulum SMKPSP + Persatuan Bahasa Tamil
TARIKH
27 Februari 2017 (Sabtu)
MASA
08.00 pagi hingga 01.00 petang
TEMPAT
Dewan Terbuka SMKPSP
AKTIVITI
Tarian Kebudayaan, Nyanyian, Pertandingan Ponggal, Pecah Periuk, Mengikat Bunga Maalai dan banyak lagi.

Pemeriksaan MyBFF

Monday, February 22, 2016

Friday, February 19, 2016

Kejohanan Bola Baling MSSD Sepang 2016 (Kategori P18)



KEPUTUSAN PERLAWANAN Peringkat Kumpulan :
SMKPSP vs SMK Sg.Pelek : (SMKPSP MENANG 7-2)
SMKPSP vs SMK Dengkil : (SMKPSP SERI 2-2)
SMKPSP vs SMK DABB : (SMKPSP MENANG 7-0)

KEPUTUSAN PERLAWANAN Peringkat Suku :
SMKPSP vs Sekolah Seri Puteri : (SMKPSP SERI 1-1)
SMKPSP vs SMK Sg.Rawang : (SMKPSP KALAH 4-0)

Kejohanan Bola Baling MSSD Sepang 2016 (Kategori L18)



KEPUTUSAN PERLAWANAN Peringkat Kumpulan :
SMKPSP vs SMK DABB : (SMKPSP KALAH 5-4)
SMKPSP vs SMK PUTRA PERDANA : (SMKPSP SERI 2-2)

Wednesday, February 10, 2016

Program SEMESTRA GEMILANG 2016

Program Semestra GEMILANG 2016

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang 2016



AKTIVITI
KEJOHAHAN SEPAK TAKRAW MSSD SEPANG 2016
TARIKH
03-04 Februari 2016
TEMPAT
Dewan Besar SMK Cyberjaya
PENCAPAIAN
Bawah 18 Tahun : Tempat Ketiga
Bawah 15 Tahun : Penyertaan
JURULATIH
En. Mohd Najib Bin Hussin
PESERTA
Regu Bawah 18 Tahun :
1. Shahrul Hakimi Bin Othman (4C)
2. Abu Suffian (5C)
3. Fikri Aslam (4C)
4. Omar (5C)
5. Mohd Azim Bin Azli (5C)
Regu Bawah 18 Tahun :
1. Harris Saiful Anwar (3A)
2. Dani Imran (3B)
3. Firdaus (1D)

Saturday, January 30, 2016

Majlis Akujanji PT3 SPM 2016

JUMAAT, 29 JANUARI 2016 - Majlis Akujanji PT3 SPM 2016 telah diadakan di Dewan Semestra 2 SMKPSP. Perjumpaan ini adalah sebahagian daripada keperluan yang dianjurkan pihak sekolah kepada murid PT3 dan SPM 2016 untuk menetapkan sasaran mereka dengan disaksikan ibu-bapa dan guru kelas mereka. Harapannya ialah semoga mereka bersedia lebih awal bagi peperiksaan yang akan datang dan menjadi murid cemerlang.

Ibubapa, penjaga dan murid-murid juga mendengar taklimat dari Penolong Kanan Akademik SMKPSP, En. Azman Bin Johari tentang program utama melonjakkan kecemerlangan SMKPSP iaitu Program 'Semestra Gemilang'.


https://www.flickr.com//photos/139412590@N03/sets/72157663521249050/

Latihan Kebakaran SMKPSP 2016

KHAMIS, 28 JANUARI 2016 - Suatu latihan kebakaran telah dijalankan dengan kerjasama daripada pihak bomba Sepang. Selain latihan, murid dan guru juga didedahkan dengan demonstrasi memadam api kebakaran yang dikendalikan oleh pihak bomba.



https://www.flickr.com//photos/139412590@N03/sets/72157663399587389

Wakil SMKPSP Merentas Desa MSSD Sepang 2016


https://www.flickr.com//photos/139412590@N03/sets/72157664040815326

Pameran Kerjaya : Membuat Kek 2016


https://www.flickr.com//photos/139412590@N03/sets/72157661771071683

Latihan Bola Baling Perjumpaan Pertama 2016


https://www.flickr.com//photos/139412590@N03/sets/72157663943399231

Tuesday, January 12, 2016

Mesyuarat Kelab Sukan Permainan '16



12/01/2016 - Mesyuarat Kali Pertama bagi Kelab Sukan dan Permainan SMKPSP telah diadakan di Dataran Perhimpunan pada jam 07.30 pagi. Agenda yang dibincangkan inlah melantik AJK baru bagi tahun 2016, mendapatkan persetujuan kutipan yuran kelab, cadangan latihan dan aktiviti tahunan serta mengenalpasti murid yang berpotensi mewakili sekolah dalam sukan berkaitan serta mengasah kebolehan memimpin dan menguruskan organisasi kelab dengan baik pada tahun ini.

Sunday, January 10, 2016

Latihan Merentas Desa Semestra 2016

PERHATIAN!
KEPADA SEMUA GURU DAN MURID

Latihan Merentas Desa Peringkat SMKPSP akan diadakan pada hari ISNIN, 11/01/2016 pada jam 03.30 petang.

Semua murid terlibat. KEHADIRAN dan penglibatan akan diambil kira sebagai sebahagian daripada markah Rumah Sukan masing-masing. Sila BERPAKAIAN SUKAN yang lengkap dan memakai KASUT untuk aktiviti latihan larian. Murid-murid juga digalakkan membawa AIR MINMAN sendiri semasa aktiviti larian dijalankan. Sebarang masalah sila rujuk kepada Cikgu Najib dan Cikgu Junaini sebelum aktiviti latihan dijalankan.

Terima Kasih atas kerjasama anda semua.

Thursday, January 7, 2016

Sekitar Mesyuarat Rumah Sukan 2016



07/01/2016 - Mesyuarat Rumah Sukan 2016 diadakan di dataran perhimpunan SMKPSP. Semua Guru dan murid terlibat. Agenda mesyuarat ialah (1) melantik AJK Murid, (2) mendapatkan persetujuan bayaran yuran rumah sukan, (3) mengenaalpasti kehadiran dan keahlian, (4) mengenalpasti atlet-atlet berkebolehan menjadi wakil rumah sukan masing-masing pada Kejohanan Sukan Olahraga nanti serta Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKPSP pada minggu hadapan ini.

Wednesday, January 6, 2016

Perhimpunan Harian 06.01.2016

06/01/2016 - Latihan / Rehearsal Perhimpunan Rasmi Badan Beruniform SMKPSP di tapak perhimpunan sekolah yang dikendalikan oleh Cikgu Rasul, sebagai Penyelaras Badan Beruniform SMKPSP. Semua murid adalah terlibat secara WAJIB dan diminta memakai seragam lengkap badan beruniform masing-masing.

Cikgu Mohd Isa, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum memaklumkan tentang penglibatan semua murid dalam ko-kurikulum adalah penting. Selain itu juga, beliau memaklumkan bahawa latihan dan pertandingan / kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKPSP akan diadakan pada minggu hadapan. Terdapat 10 kategori yang akan dipertandingkan.

Tuesday, January 5, 2016

Perhimpunan Harian 5.1.2016


Perhimpunan Harian pada 5hb JANUARI 2016 dimulakan seperti biasa pada jam 07.15pagi. Beberapa orang guru bergilir-gilir memberikan taklimat, peringatan dan teguran.

CIKGU NORAH
KELUAR KELAS. Terdapat murid yang sudah mula keluar kelas tanpa kebenaran, merayau-rayau dengan pelbagai alasan yang tidak perlu. Semua murid diminta tunggu dalam kelas semasa waktu PDP dijalankan.

CIKGU ESLINA
TUGAS KETUA TINGKATAN. Ketua Tingkatan bertanggungjawab mengambil beberapa item di pejabat pada setiap pagi iaitu : buku kawalan kelas, pas kebenaran keluar kelas, slip kehadiran murid, kunci kelas.
PAS KEBENARAN KELUAR KELAS. Pas kebenaran keluar kelas mesti digunakan hanya 1 pas kebenaran keluar kelas untuk 1 orang murid yang keluar sahaja, tidak perlu berteman.
SLIP KEHADIRAN MURID. Slip kehadiran murid mesti ditandakan kehadiran murid dalam kelas setiap awal pagi di tapak perhimpunan atau pada waktu pertama jadual, dan kemudian diserahkan ke pejabat sebelum jam 09.00 pagi.
KUNCI KELAS. Apabila membuka kelas, cantum dan kunci semula palang pada pemegang palang supaya tidak hilang dan sebagai langkah keselamatan. Tutup kelas apabila keluar rehat dan balik. Hantar kunci ke pejabat sebelum balik.

CIKGU MURIBAH
CALON PENGAWAS PERPUSTAKAAN. Ujian bertulis untuk mana-mana murid yang telah mendaftarkan diri untuk dipilih menjadi Pengawas Perpustakaan akan diadakan pada waktu pertama pada hari ini di perpustakaan.

CIKGU RASUL
PASUKAN BERUNIFORM. Perhimpunan Rasmi Pasukan Beruniform akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan dan semua murid mesti memakai pakaian uniform lengkap. Latihan Perhimpunan Rasmi tersebut akan diadakan esok. 
TUGAS PENGAWAS SEKOLAH. Terdapat beberapa pengawas sekolah yang dilihat tidak berfungsi untuk arahkan murid-murid bergerak ke tapak perhimpunan. Pada tahun ini, jika terdapat pengawas yang dilihat gagal menjalankan tugas dengan baik, maka tindakan tegas akan diambil. Pengawas mesti membantu guru-guru dalam hal-hal pengurusan disiplin di sekolah.
LEWAT KE SEKOLAH. Mana-mana murid yang didapati lewat, kesekolah selama 7 hari, maka surat tunjuk sebab akan dihantar kepada ibubapa/penjaga mereka.
ETIKA PEMAKAIAN BAJU UNIFORM SEKOLAH. Tali leher mesti dipakai kemas. Saiz seluar pada bahagian bawah mestilah tidak kurang dari 16 inci. Terdapat pelajar yang memakai seluar yang dilihat terlalu ketat seperti mengikut fensyen luar yang tidak dibenarkan sama sekali. Rambut mestilah dipotong kemas dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
BUKU PERATURAN SEKOLAH. Semua murid mestilah telah membaca buku peraturan sekolah yang menjadi panduan warga Semestra dan mematuhinya.

Perhimpunan Harian ini ditangguhkan pada jam 07.43 pagi.

Monday, January 4, 2016

Perhimpunan Rasmi Pertama 2016

Intipati Ucapan Pengetua SMK Pantai Sepang Putra :
Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman

UCAPAN ALU-ALUAN. Pengetua mengucapkan kata-kata aluan dan Selamat Datang ke Sekolah bagi sesi 2016 kepada semua murid Semestra. 

ORIENTASI TINGKATAN 1. Ucapan khusus juga diberikan kepada murid baru Tingkatan 1, 2016 yang baru mendaftarkan diri pada 31hb DISEMBER 2015 yang lalu. Murid Tingkatan 1 juga akan menjalani aktiviti orientasi yang dijalankan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling Semestra mengikut jadual yang ditetapkan. 

CABARAN BELAJAR. Pengetua menyatakan bahawa cabaran belajar di peringkat Sekolah Menengah adalah berbeza terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah menengah yang tidak boleh bergantung harap semata-mata kepada guru secara 100% sahaja. Sebaliknya murid Sekolah Menengah mesti ada kebolehan melakukan pembelajaran kendiri. 

PERINGATAN PENTING. Pengetua mengingatkan bahawa semua murid adalah sama dan akan dilayan secara sama dan adil. Selain itu, beliau mengingatkan bahawa perlunya semua warga Semestra melaksanakan nilai hormati guru-guru di sekolah ini. Pengetua juga mengingatkan bahawa elakkan unsur negatif seperti Buli dan Vandalisme (merosakkan harta benda awam di sekolah).

ELAKKAN UNSUR BULI. Pengetua memberi peringatan dan amaran bahawa unsur buli akan dikenakan tindakan tegas. Ciri-ciri buli boleh dilihat jika sekiranya murid-murid tidak ada perasaan hormat kepada murid-murid yang lain dengan melakukan penganiayaan / buli secara fizikal dan  dari aspek pertuturan mereka. Pengetua berharap kejadian buli tidak berlaku dalam kalangan murid.

ELAKKAN UNSUR VANDALISME. Segala kemudakah disekolah yang digunakan oleh warga Semestra adalah kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan. Pengetua juga menyenaraikan kerosakan yang diakibatkan daripada gejala vandalisme oleh murid-murid pada tahun lepas iaitu : (1) pecahkan pam air dan sinki di tandas, (2) mematahkan kerusi di kelas-kelas, (3) merosakkan sistem kawalan kipas yang menyebabkan kipas tidak berfungsi, (4) kerosakan dan kehilangan buku teks murid. Tindakan akan diambil jika sekiranya murid melakukan kerosakan pada harta benda awam di sekolah dengan cara menggantikan yang baru dan tindakan tatatertib disiplin yang tegas.

KEHADIRAN AWAL KE SEKOLAH PADA SETIAP PAGI. Murid diingatkan supaya hadir ke sekolah dengan awal dan berhimpun di tapak perhimpunan sekolah pada setiap hari mengikut masa pada jadual waktu sekolah. Pengetua mengaitkan ketepatan hadir ke sekolah jika di jadikan budaya hidup maka akan memudahkan murid menjadi celik pengurusan masa apabila bekerja selepas tamat persekolahan kelak. Maka, di sekolahlah amalan hadir awal ke sekolah ini mesti dilatih dan diajarkan kepada murid-murid supaya terbiasa dan menjadi budaya hidup.

"Pendidikan Berkualiti, 
Insan Terdidik, 
Negara Sejahtera"

VISI SEKOLAH. Pengetua mengingatkan tentang visi SMKPSP seperti yang tertera di atas. Terdapat 3 frasa pada visi sekolah yang perlu dingat oleh semua warga Semestra. Pendidikan berkualiti ialah tahap atau standard atau mutu yang ditetapkan untuk dicapai tidak kira dalam apa jua komponen dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah ini. Pengetua berharap visi sekolah dapat dihayati. Pengetua juga menyeru semua murid melaungkan visi sekolah bersama-sama sebanyak 5 kali dengan laungan yang kuat.

MAKLUMAT TAMBAHAN. Guru yang akan berpindah berkuatkuasa 16hb JANUARI 2016 ialah Cikgu Siti Firdaus yang akan berpindah ke daerah Kelang.

Perhimpunan Rasmi Hari Pertama Persekolahan 2016 ditangguhkan. Guru kelas setiap tingkatan membawa murid kelas masing-masing ke dalam kelas untuk menjalankan aktiviti Pengurusan Kelas pada waktu pertama dan kedua jadual waktu.

Tuesday, December 29, 2015

Monday, October 12, 2015

PT3 2015 telah bermula!



Selamat Menduduki Peperiksaan Tingkatan 3 kepada semua murid Tingkatan 3 SMK Pantai Sepang Putra!

Wednesday, October 7, 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2015 akan mula dijalankan pada ketetapan yang telah dibuat, seperti berikut :

PAT Tingkatan 4
Tarikh Mula : RABU / 7hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : KHAMIS /  28hb OKTOBER 2015

Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3)
Tarikh Mula : SELASA / 13hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : KHAMIS /  15hb OKTOBER 2015

PAT Tingkatan 1 & 2 :
Tarikh Mula : ISNIN / 19hb OKTOBER 2015
Tarikh Tamat : JUMAAT / 23hb OKTOBER 2015

JADUAL PEPERIKSAAN. Sila rujuk jadual peperiksaan seperti yang telah diedarkan. Sebarang perubahan pelaksanaan peperiksaan akan diberitahu oleh Guru Unit Peperiksaan SMKPSP.

BERUSAHA. Diharapkan semua murid SMKPSP telah bersedia dari awal dan berusaha menjawab soalan-soalan dengan bersungguh-sungguh.

Sunday, October 4, 2015

ISU SEMASA : JEREBU

BEBERAPA MAKLUMAT YANG PERLU ANDA TAHU SEMASA JEREBU MELANDA



Thursday, September 17, 2015

Mesyuarat Agung Koperasi SMKPSP Berhad Kali Ke-10

Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Koperasi SMK Pantai Sepang Putra Selangor Berhad

Tarikh : 18hb SEPTEMBER 2015 , Jumaat
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Mutiara, SMK Pantai Sepang Putra

Cuti Sekolah - Pertengahan Penggal 2



Selamat Bercuti kepada warga SEMESTRA. Cuti sekolah akan bermula dari 19 hingga 27 Sept 2015. 

Nasihat kepada yang akan bercuti :
  1. Jaga kesihatan diri semasa musim jerebu ini.
  2. Jaga keselamatan diri di jalan raya.
  3. Luangkan masa anda untuk buat aktiviti bersama dengan keluarga.
  4. Siapkan kerja sekolah anda! Bahan Latihan Cuti-Cuti Terancang (CUTE) telah diedarkan kepada semua pelajar oleh guru-guru.
  5. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Buat warga muslim, jangan lupa sembahyang raya.

Wednesday, September 2, 2015

Peperiksaan Percubaan SPM 2015 bermula


Peperiksaan Percubaan SPM 2015 telahpun bermula dari 17/08/2015 dan akan tamat pada 15/09/2015. Semua pelajar Tingkatan 5 SMKPSP terlibat dalam masa peperiksaan ini. Semoga usaha yang gigih dan tekun akan membuahkan hasil yang cemerlang demi masa depan yang gemilang.

Friday, June 26, 2015

Dialog Prestasi Murid 2015

TARIKH: 26 Jun 2015
WAKTU: 10:00 pagi - 12:00 pagi 
TEMPAT : Bilik Darjah masing-masing di SMK Pantai Sepang Putra

Friday, June 19, 2015

Ramadhan 2015


Salam Ramadhan 2015. Di sini dikongsikan beberapa amalan yang baik dilakukan dalam bulan ramadhan :
1. Memperbanyakkan bersedekah
2. Menunaikan Solat Sunat Tarawih
3. Berqiamullail
4. Membaca AlQuran
5. Beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah
6. Mengeluarkan Zakat Fitrah
7. Memperbanyakkan doa
8. Memberi makan kepada orang yang puasa
9. Beriktikaf pada 10 malam terakhir
10. Mencari malam Lailatulqadar

Selamat beramal.

Wednesday, May 13, 2015

Al-Fatihah dan doa buat Arwah Cikgu Harlina Bt. Ahmad


BISMILLAH.
Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Harlina Bt. Ahmad dan anaknya, Akmal Hafiy Darwisy B. Kadapi yang telah kembali ke rahmatullah pada hari SELASA, 12hb MEI 2015.
Ingatlah mereka dalam doa-doa seharian yang kita selalu panjatkan kepada Allah SWT. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh disisi Allah SWT.

Monday, February 2, 2015

Perhimpunan Rasmi 2.2.2015 Ucapan Guru & Pengetua


02 FEBRUARI 2015 - Perhimpunan Rasmi bagi minggu ke-4 persekolahan dimulakan seperti protokol yang sedia ada.

MERENTAS DESA. Pn. Junaini mengingatkan bahawa pada 04/02/2015 petang Rabu akan diadakan latihan merentas desa seperti kebiasaan tahun lepas mengikut trek yang sama. Kejohanan Merentas Desa Peringkat SMKPSP pula akan diadakan pada hari Jumaat 06/02/2015. Diharap semua murid bersedia.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU SPM & PT3. Pn. Suzlina memberitahu bahawa suatu bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu untuk murid Tingkatan 5 akan diadakan pada hari RABU 05/02/2015 minggu ini dan bagi murid Tingkatan 3 yang mengambil PT3 akan dijalankan pada hari KHAMIS 05/02/2015.

UCAPAN PENGETUA. Pengetua mengingatkan tentang 3 perkara utama yang perlu diambil perhatian murid semuanya iaitu tentang (1) kehadiran ke sekolah dan sasaran kehadiran setiap bulan dan (2) aktiviti keceriaan, kebersihan dan keselamatan kelas-kelas serta (3) mengalu-alukan guru baharu.

KEHADIRAN MURID & SASARAN SEKOLAH. Pengetua menyampaikan bahawa analisis kehadiran bagi bulan JANUARI 2015 telah berjaya mencapai 93% berbanding sasaran sekolah iaitu 95%. Pengetua meminta pencapaian ini dikekalkan dan pada masa yang sama ditambahbaik lagi. Amaran Bertulis akan diberikan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau tidak berturut-turut. Ibubapa dan penjaga juga akan dipanggil pihak sekolah bersama dengan murid bagi membincangkan masalah ketidakhadiran ke sekolah yang banyak.

AKTIVITI 3K DALAM KELAS. Pengetua mengucapkan tahniah kepada kelas-kelas yang sudah mula menggerakkan ahli kelasnya merancang dan bekerja menghias kelas pada waktu petang. Ini kerana, kelas yang selesa menaikkan semangat murid untuk belajar.

GURU BAHARU. Pengetua juga memperkenalkan guru baharu yang mula berkhidmat di SMKPSP :
1. Cikgu Nazariah Bt. Abdul Ghani (Pendidikan Khas), 
2. Cikgu Nur Amirah Bt. Sailan (menggantikan Cikgu Halimatun yang cuti bersalin)
3. Cikgu Nurul Izzati Bt. Abu Hassan (menggantikan Cikgu Ruhaya Ngah yang bercuti 6 bulan)

HARAPAN. Pengetua berharap semua murid memberikan fokus kepada aktiviti keceriaan kelas dan kehadiran ke sekolah.

Thursday, January 29, 2015

Program 'IQ Workout' Bimbingan & Kaunseling


28 JAN 2015 - Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPSP telah mengelola suatu program motivasi untuk murid tingkatan 5 yang bertajuk 'PROGRAM IQ WORKOUT'. Program ini menggunakan khidmat motivasi dari luar yang diadakan di Dewan Semestra 2 bermula dari jam 11.10 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Wednesday, January 28, 2015

Perhimpunan Rasmi 26.01.2015 : Ucapan PK HAL Ehwal Murid

PADA Perhimpunan Rasmi pada pagi 26 Januari 2015, PK Hal Ehwal Murid telah memberikan ucapan.

TAHNIAH. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir awal dan berkumpul di tapak perhimpunan serta mengingatkan semua bahawa kehadiran ke sekolah dan perhimpunan pagi adalah wajib.

KEHADIRAN MENINGKAT. Pada minggu persekolahan yang lepas (19 hingga 23 Januari 2015), kehadiran murid sangat memuaskan iaitu sebanyak 95% setiap hari kecuali pada hari perayaan Ponggal iaitu sebanyak 87% sahaja.

KEHADIRAN DICATAT. Guru Kelas akan mencatat kehadiran murid setiap hari dan pelajar yang tidak hadir akan dipantau dengan prosedur-prosedur kehadiran yang sesuai.

Tuesday, January 13, 2015

Ucapan Pengetua SMKPSP - Hari Pertama Sekolah 2015



12 JANUARI 2015 - Bermulanya hari pertama persekolahan 2015 telah memperlihatkan banyak wajah-wajah segar dari warga SMKPSP.

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA. Perhimpunan rasmi SMKPSP telah diadakan di Dataran Sekolah. Ramai ibu-bapa murid-murid Tingkatan 1 yang baru memulakan persekolahan menengah turut serta memerhatikan perjalanan perhimpunan dan mendengar ucapan alu-aluan Pengetua SMKPSP, Tn. Hj. Mohd Amin Bin Sulaiman.

AZAM BARU. Beliau berharap supaya semua pelajar berazam untuk dapat menimba pengetahuan & pengalaman, dan memajukan diri dalam sahsiah serta menjadi lebih berdikari lagi dalam menempuh persekolahan tahun 2015.

MISI DAN VISI SEKOLAH. Pengetua juga mengingatkan tentang Misi dan Visi Sekolah yang sentiasa diwar-warkan supaya semua warga SMKPSP tahu, faham dan dapat menghayatinya.

PERUBAHAN KE ARAH PENDIDIKAN BERKUALITI. Pengetua juga memberitahu terdapat 3 aktiviti perubahan yang dilakukan iaitu : (1) penjenamaan semula nama kelas dengan melabelkan kepada tema nama bunga, (2) melaksanakan budaya bilik darjah di mana pada waktu terakhir setiap hari persekolahan guru dan murid perlu membersihkan bilik darjah, (3) penarafan (grading) kepada setiap kelas dari aspek kebersihan, keceriaan dan kehadiran.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN. Bantuan awal persekolahan akan dijalankan pada hari RABU, 15 Januari 2015 bermula jam 10.30 pagi hingga 1.50 petang di Bilik Mesyuarat SMKPSP.

HARAPAN. Pengetua berharap supaya semua murid SMKPSP sama-sama dapat memajukan sekolah dan menghindari perkara-perkara negatif serta menghormati guru-guru.

Tuesday, November 11, 2014

Markah PAJSK

MARKAH  CGPA PAJSK TINGKATAN 3 2014
Markah CGPA boleh diperolehi daripada Pejabat SMKPSP mulai 10 November 2014

MAKLUMAT. Berikut dipautkan taklimat tentang PAJSK yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai maklumat dan pengetahuan anda.


Majlis Dialog Akademik 2014



SMKPSP akan mengadakan Majlis Dialog Akademik 2014 pada 21 Nov 2014 (Jumaat) bermula jam 9.00 pg hingga 11.00 pg bertempat di Bilik Satelit.

KEHADIRAN. Semua ibubapa bagi murid Tingkatan 1, 2, 4 dijemput hadir.

Terima Kasih


Selamat Hari Lahir Tuan Pengetua

11 November 2014
Selamat Hari Lahir kepada Tn Pengetua, Tn. Hj. Mohd Amin B. Sulaiman

Mesyuarat Guru Akhir Tahun 2014.


TARIKH : 15 Nov 2014 ( Sabtu )
MASA : 8.00 pagi
SASARAN : Semua guru SMK PSP
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK PSP


Sunday, November 9, 2014

Majlis Anugerah Kokurikulum SMKPSP 2014

Pada 07 November 2014, JUMAAT, yang lalu, SMKPSP telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kokurikulum SMKPSP 2014 yang diadakan di Dewan Perdana (Dewan Terbuka) SMKPSP bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.


PENGIKTIRAFAN. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga SMKPSP pada tahun ini, termasuklah murid dan guru yang telah berjaya mengharumkan nama SMKPSP dalam bidang Sukan, Kelab, Persatuan, Badan Beruniform serta aktiviti Kokurikulum yang lain.

KELEBIHAN. Tidak dapat dinafikan lagi, SMKPSP sememangnya mempunyai bakat yang banyak dalam kalangan warga murid kita serta khidmat kepakaran dan pengurusan kokurikulum dalam kalangan warga pendidiknya.

TAHNIAH. Tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah kecemerlangan kokurikulum pada tahun ini. Teruskan mencipta kejayaan-kejayaan yang cemerlang di masa akan datang. 

SMKPSP Terbaik!
SMKPSP Boleh! . Fokus! . Berilmu, Berwawasan, Berakhlak Mulia, Berbakti . Cemerlang Di Dunia, Sejahtera Di Akhirat . SEMESTRA TERBAIK! .